Sunday 26 April 2015

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS,PRS,PSS & MPP 2015






Kem kepimpinan PENGAWAS,PRS,PSS,MPP telah diadakan bertempat di SMKPC bagi melatih dan membimbing para pemimpin sekolah supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh keyakinan dan bertaggungjawab.Kem kepimpinan ini telah dikendalikan oleh fasilitator daripada Kolej Teknologi Darulnaim.

Belajar Melatih Diri Untuk Sentiasa Bersangka Baik


Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.
Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.
Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.
Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.
Untuk itu, minda perlu dibentuk, diransang dan didorong menjadi positif.
Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.
Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.
Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.
Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.
petikan daripada http://www.imotivasi.com

BENGKEL i-THINK







Bengkel i-THINK telah diadakan untuk pelajar tingkatan 5 bagi membantu pelajar membuat nota dengan cara yang kreatif supaya mudah untuk menghafal dan mengingati fakta terutamanya dalam subjek sejarah.

SEDIKIT MOTIVASI BUAT PELAJAR-PELAJAR SMKPC

Kata-kata motivasi ke 43 adalah dari Masataka Tomozoe, usahawan dan jutawan Jepun. Katanya…
“Saya hanya mahu berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk dan biar apapun yang terjadi, saya cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau Anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang”.
Kita sebagai hamba, diberi tugas oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi. Tugasan hidup kita sudah jelas, iaitu untuk seorang hamba yang berjaya menjalankan perintah Tuhannya dengan cukup bagus. Maknanya, Anda dan saya ada peranan masing-masing dalam hidup kita ni.
Kita mungkin seorang bapa, seorang ketua di tempat kerja, seorang suami dan seorang anak. Walau siapa jua kita, kita tetap ada beberapa tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan penuh cemerlang. Terpulang pada kita bagaimana kita melakukannya.
Kita sendiri pun bagi tugasan dengan seseorang, kita nak tugasan tu dilaksanakan dengan cukup bagus, hebat sekali mengikut kemahuan kita. Bila orang yang kita suruh tak buat kerja, atau kerjanya tak cukup bagus, kita tak berpuas hati kekadang naik hangin. Mungkin, begitu juga dengan Allah apabila berdepan perangai kita yang sedikit ‘degi’.
Mungkin sebab itu juga DIA menurunkan masalah, sebagai balasan atas perbuatan kita, kedegilan kita.
Untuk membuat sesuatu dengan cukup cemerlang, bagus dan hebat sekali, kena berfikir secara positif, lupakan semua yang buruk juga yang menyakitkan hati kemudian bergerak mencapai matlamat. Maafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati, selepas itu fokuskan sepenuh perhatian pada usaha memajukan diri. Kita buang banyak masa jika terlalu kerap melayan semua yang negatif.
Be positive all the way!

DEMO MASAKAN DAN TAKLIMAT KERJAYA BIDANG MASAKAN DARI KOLEJ MSU













Demo masakan dan taklimat kerjaya bidang masakan dari kolej MSU pada 14April2015 bertempat di Dewan Besar SMKPC.

Thursday 23 April 2015

Thursday 2 April 2015

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas,PRS,PSS dan MPP

Majlis penyampaian watikah Pengawas,PRS,PSS dan MPP telah diadakan di Dewan Besar SMKPC pada 2 April 2015.Penyampaian watikah kepada para pemimpin pelajar ini telah dirasmikan oleh ASP Asiah daripada IPD Kota Bharu.Objektif watikah ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat  pelajar yang lain untuk turut menjadi seorang pemimpin yang berkaliber.