Saturday, 1 August 2015

LAPORAN KE KEM PENDIDIKAN MARIN, PULAU PERHENTIAN

                                        
      Sempena sambutan Jubli Emas Sekolah,sekolah kami telah menganjurkan  lawatan sambil belajar.Program tersebut adalah Kem Pendidikan Marin.Kem ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada 28 hingga 30 Julai 2015.Seramai 40 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring menyertai kem ini.Kem ini bertempat di Taman Laut,Pulau Perhentian,Besut,Terengganu.Kem ini dianjukan oleh Unit Bimbingan Kaunseling SMKPC dengan kerjasama Pusat KO JPN Kelantan dan Taman Laut,Pusat Perhentian,Besut,Terengganu.

     Program Pendidikan Marin di Taman Laut bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar dan guru-guru mengenai keunikan Taman Laut dan pemuliharaan khazanah alam semulajadi di taman laut.Secara langsung atau tidak,guru dan pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan,kemahiran serta sikap tanggunjawab terhadap Taman laut secara produktif.


Objektif program ini adalah:
  1.Mengenali habitat laut dengan lebih dekat.
  2.Membina ketahanan fizikal dan mental peserta.
  3.Menambah ilmu berkaitan dengan penggunaaan alatan scuaba/snookling.
  4.Menambah keyakinan diri bagi menghadapi cabaran di masa hadapan.
  5.Memantapkan jati diri dan perpaduan di kalangan mereka.


  Jom ikuti pengalaman kami yang menarik dan mencabar.




28 JULAI 2015 Pada jam 7.40pg, kami diarahkan ke dewan terbuka oleh guru pengiring iaitu Puan Roswati binti Ramli untuk meletakkan beg seterusnya ke kantin sekolah untuk sarapan pagi sebelum bertolak ke Jeti Kuala Besut, Terengganu.Tepat pada jam 8.30pg kami seramai 40 orang pelajar diiringi guru pengiring seramai 10 orang bertolak ke Jeti Kuala Besut dengan menaiki sebuah bas yang telah disediakan.



                                                                           











 Apabila tiba di Jeti Pulau Perhentian, kami diarahkan untuk ke tapak perkhemahan dan seterusnya mendengar taklimat program di dewan serbaguna. Dalam taklimat tersebut, kami didedahkan mengenai pengenalan dan peralatan snorkeling dan kaedah-kaedah untuk melakukan snorkeling.









 . Kami diajar oleh instruktor yang berpengalaman iaitu En.Nasrul Muhaimin bin Mahadi (Penolong Pengarah Logistik, Aset & Kenderaan) yang mengajar fungsi dan pemakaian jaket keselamatan. Di samping itu, kami diajar bagaimana bernafas menggunakan J-tube. Setelah taklimat program, kami menyiapkan diri untuk solat jamak secara berjemaah.

     


 Kami dikehendaki untuk turun ke laut untuk acara “keyakinan di air”. Aktiviti ini agak lama kerana instructor mengajar kami membina keyakinan diri terhadap air dan mencuba aktiviti snorkeling. 









29 JULAI 2015 – 

Dengan berpakaian cukup lengkap, tepat pada jam 8.00 kami menaiki kapal dan berlayar untuk melakukan aktiviti snorkeling di Island Hopping. Kami juga diberi peluang untuk mengunjungi Pulau Perhentian Kecil yang terletak berhampiran Pulau Perhentian Besar yang kami duduki. Di sana kami dapat membeli belah dan membawa balik cenderahati untuk dijadikan kenang-kenangan setelah meninggalkan pulau ini.











            Pada jam 1.30ptg kami tiba ditapak perkhemahan untuk mengurus diri dan solat jamak berjemaah seterunya makan tengah hari.








Kami diteruskan lagi dengan aktiviti Penanaman Batu Karang dan kami diberi sedikit taklimat mengenai cara penanaman batu karang di dalam laut. Setiap peserta wajib menanam batu karang sebagai kenangan dan batu karang yang ditanam oleh pelajar akan diletakkan nama sekolah.






30 JULAI 2015- Sebelum bertolak balik ke Jeti Kuala Basut, kami dikehendaki untuk melakukan aktiviti jiwa murni atau gotong-royong membersihkan kawasan pantai dan tapak perkhemahan.







Gambar kenang kenangan. :)
ALHAMDULILLAH,kami sampai di sekolah dengan selamat.
 
 

Banyak pengalaman yang telah kami peroleh hasil  daripada Kem ini.Syukur ke hadrat ALLAH kerana DIA telah mempermudahkan urusan kami disana.Saya berharap agar semua peserta mancapai objektif program ini.  


Wednesday, 29 July 2015

Lambaian Kaabah Anjuran Lembaga Tabung Haji

Aktiviti lambaian kaabah telah diadakan oleh lembaga tabung haji untuk membantu pelajar secara praktikal melakukan haji yang juga merupakan sebahagian daripada sillibus pembelajaran.




                                            

 
                                                   


                                                  

                                                 

                                                

                                               

                                               

                                             

Thursday, 9 July 2015

TAKLIMAT KERJAYA OLEH UNIVERSITI PETRONAS

TAKLIMAT INI TELAH DIADAKAN DI S.M.TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA. PELAJAR DARI KELAS 5SAINS 1 TELAH TERPILIH UNTUK MENGIKUTI TAKLIMAT KERJAYA INI.


Wednesday, 6 May 2015

INFO PENTING BAGI LEPASAN SPM 2014



-PERMOHONAN KE IPTA
 (semua ipta)
 ( upu.moe.gov.my )
 (19/1 - 6/4/2015)

-HEBAHAN TEMU DUGA UITM
 (uitm only)
 ( online.uitm.edu.my )
 (13/4)

-MINGGU TEMU DUGA
 (all program ipta yg ada temu duga)
 (18-19/4/2015)

-HEBAHAN KEPUTUSAN KE IPTA
 (all ipta)
 ( upu.moe.gov.my )
 (6/5/2015)

-SURAT TAWARAN KE UITM
 (if dpt tawaran ke uitm)
 ( online.uitm.edu.my )
 (8/5/2015)

- PENDFTARAN PELAJAR
 (all ipta)
 (2-3/6)

-APLIKASI E-RAYUAN KE IPTA
 (2nd intake all ipta if x dpt dlm 1st intake)
 ( upu.moe.gov.my )
 (15-25/5)

-HEBAHAN KEPUTUSAN E-RAYUAN ke ipta
 (all ipta)
 ( upu.moe.gov.my )
 (12/6/2015)

-PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN
 (all ipta)
 (15/6/2015)

- KEPUTUSAN MATRIKULASI 
 (30 hari bekerja selepas keputusan SPM keluar)

Aktiviti PRS

 Sedikit perkongsian ilmu untuk pelajar tingkatan 1,2,dan3 diadakan selepas bacaan yasin pada hari khamis selama 10minit.



                                        


                                                        
 














Monday, 4 May 2015

LAWATAN KE KARNIVAL JOM MASUK U































Seramai 42 orang pelajar dari kelas 5sains1 dan 5sains2 telah mengikuti lawatan ke karnival Jom Masuk U, bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui bidang pengajian yang ditawarkan di seluruh Universiti di Malaysia.