Thursday 12 February 2015

PROGRAM BERFOKUS PERKASA PERIBADI FASA1 'MUTIARA KASIH' 2015.

      12 FEBRUARI 2015- Setiap pelajar memerlukan suntikan semangat dan panduan yang betul dalam melalui liku-liku kehidupsn masa ini.Masalah sosial yang semakin meningkat menjadi kebimbingan setiap lapisan masyarakat.Melihat kepada tahap disiplin di sekolah yang juga semakin membimbangkan terutama pelajar Tingkatan 2 dan 4 agak menonjol.Justeru itu,Unit Bimbingan Kaunselinng mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada mereka dengan suntikan kerohanian supaya pelajar ini menjadi pelajar yang lebih mempunyai jati dan kekuatan dalaman yang kuat dalam menempuh pancaroba zaman ini.


       Program ini diladakan di Dewan Besar SMK Pengkalan Chepa.Objektif program ini adalah untuk:

1.Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang sahsiah dan akademik.
2.Dapat melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar yang berdisiplin berlandaskan ajaran islam.
3.Dapat melahirkan pelajar yang mempunai jati diri yang kuat.


     Seramai 499 pelajar terlibat dalam program ini dengan bilangan pelajar tingkatan 2 seramai 260 dan pelajar tingkatan 4seramai 239 orang.










    Pihak sekolah menjemput penceramah yang berpengalaman iaitu Al Fathil Ustaz Baharin Bin Yusof.Beliau merupakan Imam Masjid Besar Bachok.